Tuesday 15 May 2012

VIDEO BERKUMPULAN

ESEI BERKUMPULAN


PEMBESTARIAN SEKOLAH:
PENGINTEGRASIAN SEKOLAH DAN CABARAN GURU

 
1.0       PENDAHULUAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

          Sistem pendidikan masa kini sentiasa berubah-ubah dan mengalami perubahan yang amat pesat sekali sesuai dengan peredaran zaman. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan oleh guru bagi menjamin keberkesanan pengajarannya dan memastikan pelajar mencapai objektif serta hasil pembelajaran yang maksimum. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer  telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah.Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan sedikit sebanyak telah membantu dalam memperbaiki serta meringankan beban dan kekangan yang terdapat dalam sistem pengajaran tradisional. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat menambahkan lagi maklumat di samping  menjadikan maklumat tersebut lebih bermanfaat.

           Taylor (1980) telah menyatakan bahawa terdapat 3 fungsi utama komputer dalam bidang pendidikan. Fungsi pertama komputer ialah komputer sebagai subjek. Di sini, pelajar diberi pendedahan tentang komputer dan ini, akan membuatkan mereka memahami dan dapat mengendali komputer dengan lebih berkesan. Fungsi kedua komputer pula adalah membantu mempercepat dan memudahkan kerja manusia. Manusia dapat memanipulasi komputer dalam menjalankan sebarang kerja dengan cepat  dan cekap.

Seseorang guru yang kreatif akan menggunakan sepenuhnya komputer bagi menyediakan maklumat dengan cepat dan singkat supaya dapat disampaikan kepada pelajarnya. Fungsi ketiga komputer ialah komputer sebagai tenaga pengajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komputer dapat membantu dalam memindahkan maklumat dan ilmu pengetahuan supaya menjadi lebih bermakna. Ia juga dapat membantu menjadikan sesuatu pengajaran itu menjadi lebih menarik dan fleksibel.


 2.0       LATAR BELAKANG

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan(leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi, perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap dan memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan.

Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut Projek Makmal Komputer Sekolah dan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Rangkaian SchoolNet, Rancangan TV pendidikan, Projek Rintis Sekolah Bestari, ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Mata Pelajaran yang Berasaskan ICT,  Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta, Latihan ICT Guru serta Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah. Oleh demikian, Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu ia adalah untuk semua pelajar malah sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran dan komponen mata pelajaran. Ia juga menjadi elemen untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan. Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.


2.1       KONSEP PEMBESTARIAN

…..“Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgments between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives….”
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996.

….“The smart school program will be re-modeled and its implementation fast tracked
to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the School Net program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilized for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes”….
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004.

“… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005.


2.2       STATUS SEMASA DAN CABARAN

 Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu system pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

 Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS)Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

2.3       FOKUS PEMBESTARIAN SEKOLAH

Fokus pembestarian sekolah dalam tempoh pelan tindakan ini ialah bagi memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

·    Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi (hardware)
·    Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap (software)
Memberi latihan berterusan kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan (wetware)
·    Memastikan wujudnya sistem penyelenggaraan.


3.0       PENYATAAN MASALAH

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kajian ini ingin membincangkan permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat. Perkara-perkara yang menjadi tumpuan dalam kajian yang berkaitan permasalahan pengintegrasian ini adalah :

Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru.Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat sepertimelalui komputer, internet dan sebagainya.

Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam membentuk tujuan  pembestarian sekolah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT,oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya dikalangan pelajar.


Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Justeru itu, terdapat segelintir guru masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru yang telah lama berkhidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran yang lain.

Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Tajul Ariffin (1997) dan Mohd Aiman Abdullah (2008) mendapati dalam kebanyakkan hal, kerap sekali diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap ‘fobia’ atau takut komputer serta negatif untuk menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran  disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian


 4.0       OBJEKTIF KAJIAN

·          Mengkaji kefahaman guru-guru tentang pengintegrasian teknologi dan cabaran seorang guru dalam proses pembestarian sekolah di Malaysia.
·         Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat (ICT).
·         Mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT).
·         Mengenalpasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah.

5.0       PERSOALAN KAJIAN

·         Bagaimanakah tahap kefahaman guru-guru tentang pengintegrasian teknologi dan cabaran seorang guru dalam proses pembestarian sekolah di Malaysia?
·         Adakah tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat agak merunsingkan?
·         Bagaimanakah penemerimaan guru terhadap perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT)?
·         Adakah masalah kekurangan kemudahan yang disediakan dalam penggunaan ICT menjadi punca utama menghalang pengintegrasian teknologi di sekolah?

6.0       KAEDAH KAJIAN

            Kaedah yang kami gunakan adalah dengan menggunakan kaedah kutipan data dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden 20 orang iaitu guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Kemudian, daripada data analisis yang diperolehi kami, menmilih soalan selidik yang paling menepati objektif dan persoalan kajian kami.

 
7.0       DATA ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

7.1       Mengkaji kefahaman guru-guru tentang pengintegrasian teknologi dan cabaran seorang guru dalam proses pembestarian sekolah di Malaysia.

SOALAN 1 : Anda faham tentang pengintegrasian teknologi maklumat.


 
Berdasarkan analisa mengenai kefahaman guru-guru tentang pengintegrasian teknologi maklumat menunjukkan memberikan respon yang positif iaitu kebanyakannya bersetuju. Hal ini mungkin selaras dengan hasrat sebenar Konsep Pembestarian Sekolah ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Oleh itu kita dapat lihat tahap kesedaran guru-guru terhadap perkara ini


SOALAN 7 : Pengintegrasian teknologi menambahkan beban tugas anda sebagai seorang guru.



Dalam hal pengintegrasian teknologi maklumat dalam P&P, adakah ia membebankan tugasan guru-guru? Daripada analisisa kebanyakan guru memberi respon tidak setuju, mungkin kerana dengan pengintegrasian teknologi maklumat ini ia mendatangkan pelbagaikan manfaat antaranya meringan beban tugasan guru-guru antaranya penyediaan bahan-bahan bantuan mengajar, pengurusan data-data pelajar dan sebagainya.


SOALAN 9 : Anda bersedia menerima tugasan yang menggunakan teknologi sebagai medium utama.


 
Dengan analisa mengenai persediaan penerimaan tugasan yang menggunakan teknologi sebagai medium utama kebanyakan guru-guru memberikan respon yang positif dimana setuju dalam melaksanakan tugasan yang akan diberikan mungkin kerana jikalau sudah tersedianya kemudahan-kemudahan yang dapt membantu mereka dalam hal ini samada tugasan tersebut melibat pelajar atau pun hal pentadbiran sekolah.

 7.2       Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

SOALAN 1: Anda selalu menggunakan teknologi dalam menyiapkan tugasan dan pekerjaan.


 
Kebanyakan para guru menyiapkan kerja-kerja tugasan mereka dengan menggunakan teknologi maklumat iaitu kemudahan ICT tidak kiralah samada pencarian maklumat, penggunaan program-program yang tersedia dalam memudahkan gerak kerja yang dilakukan. Oleh itu, dapat lihat guru-guru tidak mensia-siakan kemahiran yang ada dalam diri mereka.


SOALAN 5: Anda mengaplikasikan teknologi di dalam proses P&P.

 
Daripada analisa, mendapati kebanyakan guru-guru berada pada tahap yang sederhana, aspek mengaplikasikan teknologi maklumat dalam proses P&P di dalam kelas. Hal ini mungkin kerana, guru-guru mempunyai kekangan dalam menyediakan bahan-bahan bantu mangajar dengan menggunakan teknologi maklumat mungkin kerana kemudahan yang kurang mencukupi, prosedur penggunaan kemudahan yang agak lambat seperti penggunaan internet ataupun guru terlalu sibuk dengan pengurusan kerja yang lebih penting.


SOALAN 8: Internet adalah salah satu sumber pencarian maklumat bagi anda.


Kebanyakan guru memberikan respon yang positif iaitu setuju dan sangat setuju, dalam menjadikan internet sebagai sumber dalam pencarian maklumat yang melibatkan aspek pembelajaran mahupun info-info terkini mengenai bidang pendidikan dimana mereka boleh berkongsi maklumat sesame guru mahupun pelajar-pelajar. Hal ini menunjukkan guru-guru tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kemudahan ICT dalam proses P&P mereka di dalam kelas.

7.2  Mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT).

SOALAN 2: Anda menghadapi beberapa kesukaran dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah.


 
Graf tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat.  Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan guru berasa sederhana sukar dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah. Hanya beza seorang sahaja yang setuju bahawa mereka menghadapi kesukaran dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah. Perkara ini terjadi kerana kemudahan teknologi lambat tiba di sesebuah sekolah sedangkan telah diwar-warkan tentang pengintegrasian teknologi ini. Ketiga tertinggi adalah sangat tidak setuju diikuti oleh tidak setuju dan tiada orang yang sangat setuju tentang kesukaran dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah.     

SOALAN 8:Bagi anda sixtem pendidikan diberi nafas baru dengan adanya pengintegrasian teknologi di sekolah.

 
Graf tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat.  Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para guru setuju bahawa sistem pendidikan diberi nafas baru dengan adanya pengintegrasian teknologi di sekolah.  Hal ini kerana pengintegrasian teknologi di sekolah adalah salah satu perkara yang baharu dan lain daripada yang lain. Kedua yang tertinggi ialah para guru sangat setuju bahawa sistem pendidikan diberi nafas baru dengan adanya pengintegrasian teknologi di sekolah. Selain itu, diikuti oleh sederhana, tidak setuju dan hanya seorang guru yang sangat tidak setuju bahawa sistem pendidikan diberi nafas baru dengan adanya pengintegrasian teknologi di sekolah.

SOALAN 10: Anda memandang positif akan perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT).


Graf tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat.  Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para guru setuju bahawa perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT) adalah sesuatu yang positif. Hal ini kerana teknologi maklumat (ICT) memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru dapat mengakses pelbagai maklumat di internet untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Kedua yang tertinggi ialah para guru sederhana dalam memandang positif akan perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT). Selain itu, diikuti oleh sangat setuju, tidak setuju dan hanya seorang para guru yang sangat tidak setuju dalam memandang positif akan perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT).

7.2  Mengenalpasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah.

SOALAN 2: Anda berasa sukar untuk mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana kurang mahir.


Graf tersebut mengenal pasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah. Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para guru sederhana dalam menghadapi  kesukaran untuk mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana kurang mahir. Hal ini kerana kemungkinan para guru adakalanya mahir dan adakalanya tidak mahir dalam mengaplikasikan pengintegrasian teknologi. Kedua yang tertinggi ialah para guru tidak setuju dalam menghadapi  kesukaran untuk mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana kurang mahir. Perbezaan antara sederhana dan tidak setuju hanya seorang sahaja. Selain itu, diikuti oleh setuju, sangat tidak setuju dan tiada para guru yang sangat setuju dalam menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana kurang mahir.


SOALAN 5: Guru perlu mengambil masa yang agak lama untuk mendapatk kebenaran menggunakan peralatan teknologi disekolah.


 
Graf tersebut mengenal pasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah. Berdasarkan graf tersebut, terdapat persamaan bilangan guru yang setuju dan  sederhana dalam mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kebenaran menggunakan peralatan teknologi di sekolah. Hal ini kerana pengurusan sekolah tidak dimantapkan lagi. Tambahan pula, peralatan teknologi yang disediakan adalah kurang dan tidak mencukupi di sekolah. Selain itu, ketiga tertinggi adalah tidak setuju. Para guru tidak setuju dalam mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kebenaran menggunakan peralatan teknologi di sekolah. Selepas itu, diikuti dengan sangat tidak setuju dan sangat setuju.

 SOALAN 7: Makmal komputer di sekoalh tidak dilengkapi dengan kemudahan internet.

 
Graf tersebut mengenal pasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah. Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para guru tidak setuju bahawa makmal komputer di sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan internet. Hal ini kerana kerajaan telah memperlengkapkan internet di setiap sekolah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kedua yang tertinggi ialah para guru sederhana dalam menyatakan  makmal komputer di sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan internet. Perbezaan antara sederhana dan tidak setuju hanya dua orang sahaja. Tidak jauh bezanya. Selain itu, diikuti oleh  sangat tidak setuju, setuju dan hanya seorang guru sahaja yang sangat setuju dalam menyatakan makmal komputer di sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan internet.



8.0       PERBINCANGAN DAN SARANAN

            Dalam pendidikan, proses pengajaran sememangnya penting dalam mencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Dengan adanya komputer dalam pengajaran, ia sacara tidak langsung dapat membantu para guru dalam mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan isi pelajaran tersebut. Oleh itu, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan dapat memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran serta meningkatkan dan meluaskan lagi pemerolehan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar.

                Apa yang telah diperhatikan, tahap kefahaman para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi adalah berada pada tahap yang tinggi dan baik. Keseluruhan daripada responden kajian telah menunjukkan satu sikap yang positif terhadap persoalan kajian. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil responden yang masih lagi mengganggap bahawa kemahiran penggunaan komputer kurang penting dalam mengaplikasikannya di dalam P&P.

             Fenomena kemahiran penggunaan kemudahan ICT dikalangan para guru sememangnya menjadi satu halangan terhadap dalam menjadikan bidang pendidikan satu bidang yang bermakna. Oleh yang demikian, cadangan pertama pengkaji ialah mengikis sepenuhnya sikap endah tidak endah segelintir responden terhadap perkembangan teknologi terutama dalam penggunaan komputer agar bidang pendidikan menjadi semakin maju sesuai dengan peredaran zaman.

            Kemahiran amatlah penting dalam penggunaan komputer. Dengan adanya kemahiran, bakal guru masa akan datang dapat mengajar dengan lebih baik dan lancar. Mereka tidak perlu berasa bimbang atau takut sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau kesalahan semasa mengendalikan alat ini. Kemahiran semestinya tidak datang dengan sendiri. Bagi mencapai kemahiran dalam teknologi ini, cadangan kedua pengkaji pula ialah bakal guru mestilah sentiasa meneroka dan bijak merebut peluang yang datang. Selain itu, bakal guru juga mestilah memanfaatkan penggunaan komputer secara optimun semasa berada di sekolah kelak.

                Cadangan ketiga ialah Pihak kerajaan juga terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mestilah memainkan peranan yang penting dengan menyediakan lebih banyak latihan, kursus dan bengkel bagi memastikan setiap warga pendidik mendapat sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi ini. Latihan yang disediakan secara terancang dan berterusan bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, malah ia juga mampu menyemai minat yang mendalam terhadap teknologi yang telah dicipta ini.

          Walaupun dengan kemahiran yang ada, jikalau tiada kelengkapan kemudahan yang sediakan disekolah turut menjadi penghalang di dalam hal ini, oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah seharusnya lebih perihatin dengan sebarang perkara-perkara yang cuba menyekat pengintegrasian  teknologi maklumat dan cabaran-cabaran guru selaras dengan matlamat Pembestarian Sekolah.

9.0       KESIMPULAN

             Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan komputer sememangnya penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian telah menunujukkan bahawa pandangan para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi telah menepati persoalan kajian kami mengenai Pembestarian Sekolah dalam soal pengintegrasian teknologi dan cabaran guru. Dimana di dalam persoalan kajian kami, beberapa perspektif cuba diketengahkan antaranya, kefahaman, tahap kemahiran, penerimaan, dan juga penghalang yang dalam isu ini. 

            Dengan adanya kajian ini, ia diharap dapat membantu pihak-pihak berkaitan meneruskan usaha dalam membangunkan serta mengaplikasikan dengan lebih mendalam lagi teknologi komputer terutamanya dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga diharap dapat membuka mata banyak pihak tentang kepentingan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di masa akan dating ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. 

             Dalam masa yang sama,di harapkan Program Pembestarian Sekolah dalam pengapliksian konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat berjaya.

10.0     RUJUKAN

  •        Ab. Rahim Selamat. 2000. Pengurusan sekolah bestari. Bandar Pusat Tampoi, Johor Bharu : Badan Cemerlang.
  •        Ab. Rahim Selamat.2000.Kemahiran dalam sekolah bestari.  Johor Bharu : Badan Cemerlang.
  •        Ahmad Wazir, M J & Rahim, S E. Pandangan dan kesediaan bakal guru kemahiran hidup terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran kemahiran hidup, Latihan ilmiah, Jabatan Pendidikan Kemahiran Hidup Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  •        Khazaimah Mustaffa.2000. Peranan pengetua dalam pengurusan teknologi maklumat di sekolah Bestari : kajian kes di SekolahMenengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  •        Mazlan A. Aziz. 1999. Persepsi guru-guru bahasa Melayu terhadap kursus latihan guru sekolah bestari.  Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  •        Nik Zaharah Nik Yaacob.2000. Analisis aplikasi pakej pembelajaran Sains SekolahBestari : satu kajian kes. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  •        Siti Fadzilah Mat Noor.1999.Pendekatan hibrid dalam pengajaran matematik untuk sekolah bestari. Bangi : Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  •        Zah Mohamad.2000. Persepsi pelajar tingkatan satu di Sekolah Bestari di Negeri Terengganu Darul Iman terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  •        Kementerian Pelajaran Malaysia.2006. Konsep Pembestarian. http://www.skchukai.edu.my/uploaddir/KonsepPembestarian_btp.pdf ( Julai 2006).
  •  Azmir Salleh.2007. Pembestarian Sekolah. http://pkgseriampang.org/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=13&Itemid=25 (26 July 2007).
  •        Sidin R, Long J, Abdullah K & Mohamed P.2002. Jurnal Pendidikan. Pembudayaan Sains dan Teknologi: kesan Pendidikan dan Latihan di kalangan Belia di Malaysia.(27):35-45

BAHAN BANTU MENGAJAR-BBM

MODEL ANGIN DARAT DAN ANGIN LAUT

Bahan-bahan :

polysterene terpakai
kapas pampers
dawai bunga
warna air
tanah liat
 

ANGIN LAUT




ANGIN DARAT




GAMBAR SISI DAN ATAS




Sunday 29 April 2012

ASSIGNMENT 3 : BOOK COVER PAGE

COVER 1




COVER 2



NAMA            : NUR AZWANI BINTI ZAMRI
NO.MATRIK  : A131388
TUTOR          : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

Saturday 28 April 2012

ASSIGNMENT 2 : 10 NEWEST INVENTION TECHNOLOGY

10 TEKNOLOGI INOVASI TERKINI! WAJIB TONTON !



1) STRADDLING BUS 



'Straddling Bus' adalah teknologi alternatif yang diilhamkan oleh China untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggantikan bas biasa dengan bas 3D ini yang mana tingkat atasnya adalah untuk penumpang bas seperti bas-bas biasa namun di bawahnya dibentuk seperti terowong bagi membolehkan kereta-kereta lain melaluinya tanpa gangguan trafik oleh kenderaan-kenderaan yang besar. Teknologi ini diiktiraf sebagai satu kejayaan yang besar dalam usaha mengawak kesesakan trafik di China.


2) HIGH TECH CONTACT LENS MONITOR BLOOD SUGAR


Agak sukar untuk kita semua mengetahui paras gula dalam darah kita terutamanya pesakit-pesakit diabetes. Kini ada teknologi terbaru yang mampu untuk mengesan paras gula dalam darah dengan mudah dan cepat. High Tech Contact Lens Monitor Blood Sugar dicipta dengan teknologi sensor yang akan berubah warna mengikut kadar paras gula dalam darah. Kini dengan inovasi teknologi ini, kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk menyuntik, mengambil dara atau menguji urin semata-mata untuk mengetahui paras gula dalam darah kita. Menarik bukan?


3) TUMMY SHIELD


Sistem tali pinggang keledar yang ada sekarang tidak direka untuk wanita mengandung. Masalahnya ialah bila wanita mengandung menggunakan tali pinggang sekarang, perut mereka dan bayi boleh tercedera didalam kemalangan. Sudah berlaku banyak kes bayi dalam kandungan mati kerana tekanan tali pinggang menjerut mereka didalam kemalangan. Oleh sebab itulah Tummy Shield dihasilkan. Ianya boleh dipasang didalam kesemua kereta yang ada sekarang dan ianya mampu mengelakkan kawasan perut ibu menerima tekanan didalam situasi kemalangan. 
SUMBER : blogserius.blogspot.com
4) EZCRACKER


Memecahkan telur merupakan satu kerja yang agak leceh pada sesiapa yang jarang berada di dapur. Kini lebih mudah dengan EZCRACKER. Ianya direka khas bagi memudahkan kerja memecahkan telur dengan tidak merosakkan telur kuning. Ianya juga mempunyai fungsi untuk mengasingkan putih telur dengan kuning telur dengan cepat dan mudah. Pastinya inovasi teknologi produk ini banyak memberi manfaat kepada suri rumah tangga dan para pembuat kek dan sebagainya yang banyak memerlukan proses mengasingkan putih dan kuning telur yang kebiasaannya dilakukan dengan penuh hati-hati dan lambat.
5) TRANSPARENT TOASTER


Roti bakar merupakan menu kegemaran ramai untuk sarapan pagi. Namun kadangkalag kita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan roti yang dibakar dengan sempurna. Adakalanya ianya belum dibakar seperti dikehendaki atau adakalnya ianya dibakar sehingga hangus. Jadi teknologi inovasi terbaru 'TRANSPARENT TOASTER' menjadi penyelesai masalah kepada penggemar roti bakar. Produk ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan roti yang dibakar dengan sempurna tanpa perlu berteka teki dan sentiasa boleh melihat keadaan roti yang berada di dalam pembakar roti tersebut.


6) LASER SCISSORS



Menggunting merupakan satu tugas yang perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya apa yang digunting itu telah mengikut ukuran dan bentuk yang sepatutnya. Kesukaran untuk mendapat guntingan yang tepat menyebabkan kita terpaksa menanda kain atau kertas dengan pensil atau kapur penanda. Kini, kesukaran tersebut dapat diselesaikan dengan teknologi terbaru ini iaitu Gunting Laser. Laser tersebut ditambah bagi memberi penunjuk kepada pengguntin supaya tidak tersasar daripada ukuran asal. Dengan itu hasil guntingan akan menjadi lebih kemas tanpa mengotorkan kain atau kertas dengan penanda yang hodoh.


7) INFANT PILLOW




Berita baik untuk ibu-ibu bekerjaya. Infant Pillow direka khas dengan rekaan bantal seperti tangan ibu yang menidurkan bayi. Ianya mengikut saiz ibu dan berpadanan dengan saiz bayi anda. Ianya selamat digunakan dan mudah. Bayi gembira ibu bahagia. (^_^)


8) QUIPOD



Teknologi inovasi terbaru bagi penggemar fotografi. Mmenjadi satu kerugian jika melancong ke luar negara bersama tersayang namun tidak dapat mengabadikan kenangan bersama kerana kesukaran untuk mengambil foto. Meminta bantuan orang asing juga bahaya kerana bimbang kamera kesayangan dibawa lari oleh orang yang diminta tolong. Kini teknologi terbaru Quipod menjadi penyelesaian kepada masalah tersebut. Tersenyum semua peminat-peminat kamera dan fotografi. (^_^)


9) INTERACTIVE PROJECTOR





Produk yang dinamakan 'Interactive Projector' ini menggunakan sistem infra-merah yang mengubah sentuhan yang dikesan oleh sensor kepada imej unjuran ke dalam 10-inci skrin sentuh maya. Ia membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan aplikasi kandungan dan multimedia dengan menyentuh imej, yang boleh diunjurkan ke atas mana-mana permukaan rata. Hebat bukan?
10) SUPER COOL KITCHEN BOARD
Papan pemotong yang sangat cool ini bukan sahaja boleh berfungsi sebagai papan pemotong malam dapat mengira dengan tepat berat bahan-bahan masakan yang kita gunakan. Wow! untuk wanita-wanita yang baru belajar memasak, papan pemotong ini sangat berguna agar tidak terlebih bahan (^_=) 



NAMA            : NUR AZWANI BINTI ZAMRI
NO.MATRIK  : A131388
TUTOR          : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN