BOOK COVER TO PRINT
Monday 21 May 2012
Tuesday 15 May 2012
ESEI BERKUMPULAN
PEMBESTARIAN
SEKOLAH:
PENGINTEGRASIAN
SEKOLAH DAN CABARAN GURU
1.0 PENDAHULUAN
Sistem
pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai
aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru
di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi
pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek,
antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada
pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Sistem pendidikan masa
kini sentiasa berubah-ubah dan mengalami perubahan yang amat pesat sekali sesuai dengan
peredaran zaman. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan oleh guru bagi menjamin
keberkesanan pengajarannya dan memastikan pelajar mencapai objektif serta hasil
pembelajaran yang maksimum. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kaedah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan komputer telah
mula diperkenalkan di
sekolah-sekolah.Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan sedikit sebanyak
telah membantu dalam memperbaiki serta meringankan beban dan kekangan yang
terdapat dalam sistem pengajaran tradisional. Penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah dapat menambahkan lagi maklumat di samping menjadikan maklumat tersebut lebih
bermanfaat.
Taylor (1980) telah
menyatakan bahawa terdapat 3 fungsi utama komputer dalam bidang pendidikan. Fungsi pertama
komputer ialah komputer sebagai subjek. Di sini, pelajar diberi pendedahan tentang komputer dan
ini, akan membuatkan mereka memahami dan dapat mengendali komputer dengan lebih
berkesan. Fungsi kedua komputer pula adalah membantu mempercepat dan memudahkan kerja
manusia. Manusia dapat memanipulasi komputer dalam menjalankan sebarang kerja dengan
cepat dan cekap.
Seseorang guru yang
kreatif akan menggunakan sepenuhnya komputer bagi menyediakan maklumat dengan
cepat dan singkat supaya dapat disampaikan kepada pelajarnya. Fungsi ketiga
komputer ialah komputer sebagai tenaga pengajar. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, komputer dapat membantu dalam memindahkan maklumat dan ilmu
pengetahuan supaya menjadi lebih bermakna. Ia juga dapat membantu menjadikan
sesuatu pengajaran itu menjadi lebih menarik dan fleksibel.
2.0 LATAR BELAKANG
Pembestarian Sekolah
merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam
pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan
kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran
yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi
maklumat.
Komponen utama
Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat
melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang
diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses
kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan
kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini
memanfaatkan(leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di
sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi
Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan
Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah
akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan menyediakan kemudahan
infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi, perisian dan bahan-bahan digital
yang lengkap dan memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir
dan staf sokongan.
Pembestarian Sekolah
akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke
sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut Projek Makmal
Komputer Sekolah dan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Rangkaian SchoolNet, Rancangan TV pendidikan,
Projek Rintis Sekolah Bestari, ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Mata
Pelajaran yang Berasaskan ICT,
Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta, Latihan ICT Guru serta
Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah. Oleh demikian, Program
Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut
keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
Dasar Pembestarian
semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu ia adalah untuk semua pelajar malah
sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran dan komponen mata
pelajaran. Ia juga menjadi elemen untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
sistem pendidikan. Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan
potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT
sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.
2.1 KONSEP PEMBESTARIAN
…..“Teachers
will need to change their role in the electronic classroom from being
information providers to counselors to help students develop know how and
judgment to select information sources. Key to success in the
Information Age will be making the right judgments between an awesome
array of choices. We are examining our education system to create a curriculum
where people learn how to learn for continuing education throughout their
lives….”
Tun Mahathir
Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996.
….“The
smart school program will be re-modeled and its implementation fast
tracked
to
enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools
will have access to the Internet through the School Net program,
which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching
and learning materials developed through the Smart School Pilot program
will be utilized for teaching, while the Smart School Management
System will be used to improve administration processes”….
Dato’ Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super
Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3
July 2004.
“…
pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya
saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses
pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah
komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan
komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi
kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7
Mei 2005.
2.2 STATUS
SEMASA DAN CABARAN
Sekolah Bestari secara ringkas boleh
didefinisikan sebagai suatu system pendidikan yang mana proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang
lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.
Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam
kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam
bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar
pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih
efektif.
Walau bagaimanapun,
dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya
telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program
Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur
teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak
RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer,
kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh
itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada
yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah
sekolah.
Program Pembestarian
Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian
sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan
pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat
melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed),
terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
Pelaksanaan pembestarian ini mengambil
kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di
sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.
Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT
seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga
April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah
sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui
rangkaian SchoolNet.
Pelbagai perisian
kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak
swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat
mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah
dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan
perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pembestarian sekolah
melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan
penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational
Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan
pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan
kementerian.
Latihan kemahiran ICT
kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.
Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di
KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang
disediakan.
2.3 FOKUS
PEMBESTARIAN SEKOLAH
Fokus pembestarian sekolah dalam tempoh
pelan tindakan ini ialah bagi memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian
ICT yang sama dengan;
· Menyediakan infrastruktur dan perkakasan
yang mencukupi (hardware)
· Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital
yang lengkap (software)
Memberi latihan berterusan kepada semua guru,
pentadbir dan staf sokongan (wetware)
· Memastikan wujudnya sistem
penyelenggaraan.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer atau
bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia
pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan
kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kajian ini ingin membincangkan
permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat. Perkara-perkara
yang menjadi tumpuan dalam kajian yang berkaitan permasalahan
pengintegrasian ini adalah :
Tahap
kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat
Penggunaan bahan
teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi
guru-guru.Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita
perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan
bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh
pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat sepertimelalui
komputer, internet dan sebagainya.
Dapat kita perhatikan
bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan
dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat
dalam membentuk tujuan pembestarian
sekolah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru
terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar
dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan
penggunaan ICT,oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran
berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan
bahan teknologi maklumat khususnya dikalangan pelajar.
Penerimaan
guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat
Pengintegrasian
teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap
kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Justeru itu, terdapat segelintir
guru masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka.
Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru yang telah lama berkhidmat
dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka
yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan
tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran yang lain.
Sesetengah guru
merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik
darjah.Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan
teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami
ilmu teknologi maklumat.Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu
bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan
Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat
dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu
dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Tajul
Ariffin (1997) dan Mohd Aiman Abdullah (2008) mendapati dalam kebanyakkan hal,
kerap sekali diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap ‘fobia’
atau takut komputer serta negatif untuk menggunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat
untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang
teknologi maklumat.
Kemudahan
teknologi yang berkaitan tidak mencukupi
Proses pengintegrasian
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana
yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan
dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi
maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan
pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga,
peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan
kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu
punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian
4.0 OBJEKTIF
KAJIAN
·
Mengkaji kefahaman
guru-guru tentang pengintegrasian teknologi dan cabaran seorang guru dalam
proses pembestarian sekolah di Malaysia.
·
Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam
bidang teknologi maklumat (ICT).
·
Mengkaji penerimaan guru terhadap
perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT).
·
Mengenalpasti masalah yang menghalang penggunaan
kemudahan teknologi (ICT) di sekolah.
5.0 PERSOALAN
KAJIAN
·
Bagaimanakah tahap kefahaman guru-guru
tentang pengintegrasian teknologi dan cabaran seorang guru dalam proses
pembestarian sekolah di Malaysia?
·
Adakah tahap kemahiran guru dalam bidang
teknologi maklumat agak merunsingkan?
·
Bagaimanakah penemerimaan guru terhadap
perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT)?
·
Adakah masalah kekurangan kemudahan yang
disediakan dalam penggunaan ICT menjadi punca utama menghalang pengintegrasian
teknologi di sekolah?
6.0 KAEDAH
KAJIAN
Kaedah
yang kami gunakan adalah dengan menggunakan kaedah kutipan data dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada responden 20 orang iaitu guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Kemudian, daripada data
analisis yang diperolehi kami, menmilih soalan selidik yang paling menepati
objektif dan persoalan kajian kami.
7.0 DATA
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
7.1
Mengkaji
kefahaman guru-guru tentang pengintegrasian teknologi dan cabaran seorang guru dalam proses pembestarian sekolah
di Malaysia.
SOALAN
1 : Anda faham tentang pengintegrasian teknologi maklumat.
Berdasarkan
analisa mengenai kefahaman guru-guru tentang pengintegrasian teknologi maklumat
menunjukkan memberikan respon yang positif iaitu kebanyakannya bersetuju. Hal
ini mungkin selaras dengan hasrat sebenar Konsep Pembestarian Sekolah ke arah
meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Oleh itu kita dapat
lihat tahap kesedaran guru-guru terhadap perkara ini
SOALAN 7 : Pengintegrasian
teknologi menambahkan beban tugas anda sebagai seorang guru.
Dalam
hal pengintegrasian teknologi maklumat dalam P&P, adakah ia membebankan
tugasan guru-guru? Daripada analisisa kebanyakan guru memberi respon tidak
setuju, mungkin kerana dengan pengintegrasian teknologi maklumat ini ia
mendatangkan pelbagaikan manfaat antaranya meringan beban tugasan guru-guru
antaranya penyediaan bahan-bahan bantuan mengajar, pengurusan data-data pelajar
dan sebagainya.
SOALAN 9 : Anda bersedia menerima
tugasan yang menggunakan teknologi sebagai medium utama.
Dengan
analisa mengenai persediaan penerimaan tugasan yang menggunakan teknologi
sebagai medium utama kebanyakan guru-guru memberikan respon yang positif dimana
setuju dalam melaksanakan tugasan yang akan diberikan mungkin kerana jikalau
sudah tersedianya kemudahan-kemudahan yang dapt membantu mereka dalam hal ini
samada tugasan tersebut melibat pelajar atau pun hal pentadbiran sekolah.
7.2 Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam
bidang teknologi maklumat (ICT).
SOALAN 1: Anda selalu menggunakan teknologi
dalam menyiapkan tugasan dan pekerjaan.
Kebanyakan
para guru menyiapkan kerja-kerja tugasan mereka dengan menggunakan teknologi
maklumat iaitu kemudahan ICT tidak kiralah samada pencarian maklumat,
penggunaan program-program yang tersedia dalam memudahkan gerak kerja yang
dilakukan. Oleh itu, dapat lihat guru-guru tidak mensia-siakan kemahiran yang
ada dalam diri mereka.
SOALAN 5: Anda
mengaplikasikan teknologi di dalam proses P&P.
Daripada
analisa, mendapati kebanyakan guru-guru berada pada tahap yang sederhana, aspek
mengaplikasikan teknologi maklumat dalam proses P&P di dalam kelas. Hal ini
mungkin kerana, guru-guru mempunyai kekangan dalam menyediakan bahan-bahan
bantu mangajar dengan menggunakan teknologi maklumat mungkin kerana kemudahan
yang kurang mencukupi, prosedur penggunaan kemudahan yang agak lambat seperti
penggunaan internet ataupun guru terlalu sibuk dengan pengurusan kerja yang
lebih penting.
SOALAN 8: Internet
adalah salah satu sumber pencarian maklumat bagi anda.
Kebanyakan
guru memberikan respon yang positif iaitu setuju dan sangat setuju, dalam
menjadikan internet sebagai sumber dalam pencarian maklumat yang melibatkan
aspek pembelajaran mahupun info-info terkini mengenai bidang pendidikan dimana
mereka boleh berkongsi maklumat sesame guru mahupun pelajar-pelajar. Hal ini
menunjukkan guru-guru tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kemudahan ICT
dalam proses P&P mereka di dalam kelas.
7.2 Mengkaji penerimaan guru terhadap
perubahan proses P&P dengan menggunakan teknologi maklumat (ICT).
SOALAN 2: Anda menghadapi beberapa
kesukaran dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah.
Graf
tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan guru
berasa sederhana sukar dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah.
Hanya beza seorang sahaja yang setuju bahawa mereka
menghadapi kesukaran dalam melaksanakan pengintegrasian teknologi di sekolah.
Perkara ini terjadi kerana kemudahan teknologi lambat tiba di sesebuah sekolah
sedangkan telah diwar-warkan tentang pengintegrasian teknologi ini. Ketiga
tertinggi adalah sangat tidak setuju diikuti oleh tidak setuju dan tiada orang
yang sangat setuju tentang kesukaran dalam melaksanakan pengintegrasian
teknologi di sekolah.
SOALAN 8:Bagi anda sixtem
pendidikan diberi nafas baru dengan adanya pengintegrasian teknologi di
sekolah.
Graf
tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para
guru setuju bahawa sistem pendidikan diberi nafas baru dengan adanya
pengintegrasian teknologi di sekolah.
Hal ini kerana pengintegrasian teknologi di sekolah adalah salah satu
perkara yang baharu dan lain daripada yang lain. Kedua yang tertinggi ialah
para guru sangat setuju bahawa sistem pendidikan diberi nafas baru dengan
adanya pengintegrasian teknologi di sekolah. Selain itu, diikuti oleh
sederhana, tidak setuju dan hanya seorang guru yang sangat tidak setuju bahawa
sistem pendidikan diberi nafas baru dengan adanya pengintegrasian teknologi di
sekolah.
SOALAN
10: Anda memandang positif akan perubahan proses P&P dengan menggunakan
teknologi maklumat (ICT).
Graf
tersebut mengkaji penerimaan guru terhadap perubahan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para
guru setuju bahawa perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan teknologi maklumat (ICT) adalah sesuatu yang positif. Hal ini
kerana teknologi maklumat (ICT) memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Para guru dapat mengakses pelbagai maklumat di internet untuk dijadikan bahan
bantu mengajar. Kedua yang tertinggi ialah para guru sederhana dalam memandang
positif akan perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
teknologi maklumat (ICT). Selain itu, diikuti oleh sangat setuju, tidak setuju
dan hanya seorang para guru yang sangat tidak setuju dalam memandang positif
akan perubahan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi
maklumat (ICT).
7.2 Mengenalpasti
masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah.
SOALAN
2: Anda berasa sukar untuk mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana
kurang mahir.
Graf tersebut mengenal pasti masalah yang
menghalang penggunaan kemudahan teknologi (ICT) di sekolah. Berdasarkan graf
tersebut, kebanyakan para guru sederhana dalam menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan
pengintegrasian teknologi kerana kurang mahir. Hal ini kerana kemungkinan para
guru adakalanya mahir dan adakalanya tidak mahir dalam mengaplikasikan
pengintegrasian teknologi. Kedua yang tertinggi ialah para guru tidak setuju
dalam menghadapi kesukaran untuk
mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana kurang mahir. Perbezaan antara
sederhana dan tidak setuju hanya seorang sahaja. Selain itu, diikuti oleh
setuju, sangat tidak setuju dan tiada para guru yang sangat setuju dalam
menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan pengintegrasian teknologi kerana
kurang mahir.
SOALAN 5: Guru perlu mengambil masa yang agak
lama untuk mendapatk kebenaran menggunakan peralatan teknologi disekolah.
Graf
tersebut mengenal pasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi
(ICT) di sekolah. Berdasarkan graf tersebut, terdapat persamaan bilangan guru
yang setuju dan sederhana dalam
mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kebenaran menggunakan peralatan
teknologi di sekolah. Hal ini kerana pengurusan sekolah tidak dimantapkan lagi.
Tambahan pula, peralatan teknologi yang disediakan adalah kurang dan tidak
mencukupi di sekolah. Selain itu, ketiga tertinggi adalah tidak setuju. Para
guru tidak setuju dalam mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan
kebenaran menggunakan peralatan teknologi di sekolah. Selepas itu, diikuti
dengan sangat tidak setuju dan sangat setuju.
SOALAN
7: Makmal komputer di sekoalh tidak dilengkapi dengan kemudahan internet.
Graf
tersebut mengenal pasti masalah yang menghalang penggunaan kemudahan teknologi
(ICT) di sekolah. Berdasarkan graf tersebut, kebanyakan para guru tidak setuju
bahawa makmal komputer di sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan internet.
Hal ini kerana kerajaan telah memperlengkapkan internet di setiap sekolah untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kedua yang tertinggi
ialah para guru sederhana dalam menyatakan
makmal komputer di sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan internet.
Perbezaan antara sederhana dan tidak setuju hanya dua orang sahaja. Tidak jauh
bezanya. Selain itu, diikuti oleh sangat
tidak setuju, setuju dan hanya seorang guru sahaja yang sangat setuju dalam
menyatakan makmal komputer di sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan
internet.
8.0 PERBINCANGAN
DAN SARANAN
Dalam
pendidikan, proses pengajaran sememangnya penting dalam mencapai keberkesanan
isi pelajaran yang disampaikan. Dengan adanya komputer dalam pengajaran, ia
sacara tidak langsung dapat membantu para guru dalam mempelbagaikan lagi kaedah
pengajaran di samping dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan isi
pelajaran tersebut. Oleh itu, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi
ini akan dapat memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran serta
meningkatkan dan meluaskan lagi pemerolehan ilmu pengetahuan di kalangan
pelajar.
Apa
yang telah diperhatikan, tahap kefahaman para guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Jalan 3, Bandar Baru Bangi adalah berada pada tahap yang tinggi dan baik.
Keseluruhan daripada responden kajian telah menunjukkan satu sikap yang positif
terhadap persoalan kajian. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil
responden yang masih lagi mengganggap bahawa kemahiran penggunaan komputer kurang
penting dalam mengaplikasikannya di dalam P&P.
Fenomena
kemahiran penggunaan kemudahan ICT dikalangan para guru sememangnya menjadi
satu halangan terhadap dalam menjadikan bidang pendidikan satu bidang yang
bermakna. Oleh yang demikian, cadangan pertama pengkaji ialah mengikis
sepenuhnya sikap endah tidak endah segelintir responden terhadap perkembangan
teknologi terutama dalam penggunaan komputer agar bidang pendidikan menjadi
semakin maju sesuai dengan peredaran zaman.
Kemahiran
amatlah penting dalam penggunaan komputer. Dengan adanya kemahiran, bakal guru
masa akan datang dapat mengajar dengan lebih baik dan lancar. Mereka tidak
perlu berasa bimbang atau takut sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau
kesalahan semasa mengendalikan alat ini. Kemahiran semestinya tidak datang
dengan sendiri. Bagi mencapai kemahiran dalam teknologi ini, cadangan kedua
pengkaji pula ialah bakal guru mestilah sentiasa meneroka dan bijak merebut
peluang yang datang. Selain itu, bakal guru juga mestilah memanfaatkan
penggunaan komputer secara optimun semasa berada di sekolah kelak.
Cadangan
ketiga ialah Pihak kerajaan juga terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) mestilah memainkan peranan yang penting dengan menyediakan lebih
banyak latihan, kursus dan bengkel bagi memastikan setiap warga pendidik
mendapat sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi ini. Latihan
yang disediakan secara terancang dan berterusan bukan sahaja mampu meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan, malah ia juga mampu menyemai minat yang mendalam
terhadap teknologi yang telah dicipta ini.
Walaupun
dengan kemahiran yang ada, jikalau tiada kelengkapan kemudahan yang sediakan
disekolah turut menjadi penghalang di dalam hal ini, oleh itu pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah seharusnya lebih perihatin dengan sebarang
perkara-perkara yang cuba menyekat pengintegrasian teknologi maklumat dan cabaran-cabaran guru
selaras dengan matlamat Pembestarian Sekolah.
9.0 KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan komputer sememangnya
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian telah
menunujukkan bahawa pandangan para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3,
Bandar Baru Bangi telah menepati persoalan kajian kami mengenai Pembestarian
Sekolah dalam soal pengintegrasian teknologi dan cabaran guru. Dimana di dalam
persoalan kajian kami, beberapa perspektif cuba diketengahkan antaranya,
kefahaman, tahap kemahiran, penerimaan, dan juga penghalang yang dalam isu ini.
Dengan
adanya kajian ini, ia diharap dapat membantu pihak-pihak berkaitan meneruskan
usaha dalam membangunkan serta mengaplikasikan dengan lebih mendalam lagi
teknologi komputer terutamanya dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga diharap
dapat membuka mata banyak pihak tentang kepentingan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di masa akan dating ke arah meningkatkan lagi
penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah dan kompetensi guru.
Dalam masa yang sama,di harapkan Program
Pembestarian Sekolah dalam pengapliksian konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai
satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid
menghadapi era teknologi maklumat berjaya.
10.0 RUJUKAN
- Ab. Rahim Selamat. 2000. Pengurusan sekolah bestari. Bandar Pusat Tampoi, Johor Bharu : Badan Cemerlang.
- Ab. Rahim Selamat.2000.Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu : Badan Cemerlang.
- Ahmad Wazir, M J & Rahim, S E. Pandangan dan kesediaan bakal guru kemahiran hidup terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran kemahiran hidup, Latihan ilmiah, Jabatan Pendidikan Kemahiran Hidup Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- Khazaimah Mustaffa.2000. Peranan pengetua dalam pengurusan teknologi maklumat di sekolah Bestari : kajian kes di SekolahMenengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Mazlan A. Aziz. 1999. Persepsi guru-guru bahasa Melayu terhadap kursus latihan guru sekolah bestari. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Nik Zaharah Nik Yaacob.2000. Analisis aplikasi pakej pembelajaran Sains SekolahBestari : satu kajian kes. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Siti Fadzilah Mat Noor.1999.Pendekatan hibrid dalam pengajaran matematik untuk sekolah bestari. Bangi : Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Zah Mohamad.2000. Persepsi pelajar tingkatan satu di Sekolah Bestari di Negeri Terengganu Darul Iman terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Kementerian Pelajaran Malaysia.2006. Konsep Pembestarian. http://www.skchukai.edu.my/uploaddir/KonsepPembestarian_btp.pdf ( Julai 2006).
- Azmir Salleh.2007. Pembestarian Sekolah. http://pkgseriampang.org/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=13&Itemid=25 (26 July 2007).
- Sidin R, Long J, Abdullah K & Mohamed P.2002. Jurnal Pendidikan. Pembudayaan Sains dan Teknologi: kesan Pendidikan dan Latihan di kalangan Belia di Malaysia.(27):35-45
BAHAN BANTU MENGAJAR-BBM
MODEL ANGIN DARAT DAN ANGIN LAUT
Bahan-bahan :
polysterene terpakai
kapas pampers
dawai bunga
warna air
tanah liat
ANGIN LAUT
ANGIN DARAT
GAMBAR SISI DAN ATAS
Subscribe to:
Posts (Atom)